Alamat Baru Wakjembal



WEB BLOG INI TIDAK AKAN DIKEMASKINI HARAP MAAF

BELAJAR AQIDAH

TAUHID - HAQ ALLAH ATAS HAMBANYA

Selasa, 22 April 2008

Agama

CABARAN UMAT ISLAM KINI

PENDAHULUAN

1. Islam sebagai ad-Din – Islam cara hidup
2. Umat Islam adalah umat terpilih
3. Insentif bagi umat Islam.
4. Pasang surut dalam kehidupan umat Islam.
5. Realiti kini: Umat Islam berada di tahap paling lemah dalam sejarahnya.
6. Belajar dari kesilapan lampau untuk bangkit dan membena kekuatan baru.
7. Mengenalpasti cabaran yang terpaksa di hadapi untuk bangkit.

BENTUK CABARAN

Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :
Seseorang mukmin akan berdepan dengan 5 ujian atau cabaran :
1. orang kafir yang memeranginya,
2. orang mukmin yang dengki kepadanya,
3. orang munafik yang membencinya,
4. nafsu yang menyerangnya dan
5. syaitan yang menyesatkannya


>Abd Qadir Awdah dan Muhammad Sayyid al-Wakil:

= Kejahilan ummah.
= Perancangan musuh
= Kelesuan ulama dan pendakwah


> Ilmuan Islam tempatan:

(a) pemindahan budaya dan barat:
(b) sekularisme;
(c) budaya hedonisme;
(d) pluralisme;
(e) wabak Aids / HIV.


> Ngo Islam:

6 cabaran lain yang dihadapi umat Islam di negara ini, antaranya:-
(a) liberalisme;
(b) hegemony Barat;
(c) etika herpolitik;
(d) masyarakat madani (civil society);
(e) perpaduan nasional; dan(f) isu memperkasakan moral bangsa.

Natijah serangan terhadap umat

(a) Kecelaruan dalam kefahaman Islam.
(b) Kebendaan telah menguasai umat Islam.
(c) Tradisi asing mempengaruhi gaya hidup umat.
(d) Bercambahnya trend pemikiran yang bercanggah dengan Islam.
(e) Perpecahan dalam konteks kefahaman umat terhadap Islam sebagai ad-Din umat Islam
(f) Kelemahan kepimpinan umat Islam
(g) Hilangnya ruh Islam dalam realiti semasa umat
(h) Umat Porakperanda

KEARAH MENANGANI CABARAN

(a) Membina kefahaman dan persepsi tepat tentang Islam
(b) Membina ketahanan dan keutuhan akidah
(c) Membangun nilai akhlak Islam yang sejati
(d) Membina perpaduan umat sejagat
(e) Menguasai sistem politik dan pemerintahan melalui kekuasaan politik Islam
(f) Menghapuskan amalan mungkar dan maksiat di kalangan umat Islam

SIAPA BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENANGANI KEMELUT UMAT DAN APA CARANYA ?

> Setiap individu muslim bertanggungjawab, melalui :

(a) Pembinaan individu muslim
(b) Pembangunan keluarga muslim
(c) Pemerkasaan masyarakat muslim
(d) Perlaksanaan Syariat Islam

>Penutup:


Setelah mengenali secara umum beberapa cabaran umat Islam, kita dapat mengenal pasti faktor yang menghalang umat daripada bangkit semula mengambil tempatnya sebagai guru dan pemimpin dunia. Adalah menjadi tanggungjawab kita yang prihatin dan peka dengan masa depan umat untuk melakukan muhasabah dan belajar daripada sejarah lampau untuk membolehkan kita menyusun langkah teratur dalam menuju masa depan yang gemilang.

Kita perlu menoleh ke belakang untuk mengambil iktibar dan pengajaran daripada generasi lalu dan melihat ke hadapan dengan perancangan teratur bagi membolehkan umat Islam terus melangkah dengan yakin dan bertawakal kepada Allah. Imam Malik r.a. berkata: “Tidak akan baik golongan yang terakhir darpada umat ini kecuali dengan apa yang sudah baik umatnya yang terdahulu.”


Sekian, wassalamualaikum warahmatulLahi wabarakatuh.

oleh:
Prof Madya Dr Fauzi bin Deraman
Jabatan al-Qur`an dan al-Hadith
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya
Kuala Lumpur

Tiada ulasan:

kembali kepada tauhid

Madrasah Orientalis

GEOMAP

Tko.fm / tko.tv