Alamat Baru Wakjembal



WEB BLOG INI TIDAK AKAN DIKEMASKINI HARAP MAAF

BELAJAR AQIDAH

TAUHID - HAQ ALLAH ATAS HAMBANYA

Rabu, 30 April 2008

Jangan mendewa-dewakan Anwar Ibrahim dan kepimpinan pembangkang

Oleh Tarabulsi_2008

"Sebelum saya menyentuh tentang isu mendewa-dewakan Anwar Ibrahim dan kepimpinan parti-parti pembangkang saya ingin menyentuh terlebih dahulu tentang serangan terkini media arus perdana terhadap DAP, PKR dan PAS. Dengan kekecohan dan krisis kepimpinan yang dihadapi UMNO-BN sekarang ini, maka media arus perdana semakin ghairah dalam usaha mereka mengabui mata rakyat dengan mencari serta memperbesar dan memutarbelitkan kesilapan serta kelemahan parti-parti pembangkang. Hari ini, Ahad 20 April 2008, akhbar "The Star" telah melaporkan kononnya beberapa Bloggers telah membidas 29 Ahli Parlimen (MP) yang telah tidak mengemukakan sebarang apa soalan untuk " Sessi Pertanyaan Jawab Mulut" bagi sidang pertama Parlimen yang akan bermula pada 28 April 2008 ini. Dari 29 MP tersebut, 14 adalah dari pembangkang (5 dari DAP dan 9 MP dari PKR).


(Kesemuanya MP dari PAS telah mengemukakan soalan-soalan untuk jawab mulut tersebut). Untuk makluman pembaca, setiap hari sidang Parlimen akan memulakan urusan dengan berdoa' dan terus diikuti oleh “Sessi Pertanyaan Jawab Mulut.” Ahli-ahli Parlimen (MP) bebas mengemukakan apa jua soalan secara bertulis untuk dijawab mulut oleh PM dan Menteri-Menteri. Soalan-soalan hendaklah dikemukakan tidak lewat dari 21 hari sebelum Parlimen memulakan sesuatu penggal itu. MP yang gagal mengemukakan soalan untuk sessi penggal pertama yang akan bermula 28 April ini akan terpaksa menuggu penggal kedua yang akan bermula pada bulan Jun 2008 nanti. Menurut laporan "The Star" tersebut, beberapa Bloggers telah membidas 14 orang Ahli Parlimen (MP) pembangkang - 5 DAP dan 9 PKR - yang telah gagal mengemukakan sebarang soalan bagi jawab mulut itu. Lihat fokusnya kepada pembangkang wal hal 29 MP yang gagal itu termasuk 15 MP BN.
Kononnya Bloggers telah menyatakan MP pembangkang yang terlibat itu telah sebelum ini begitu lantang mengkritik kerajaan tetapi setelah dilantik oleh rakyat tidak pula mereka mengemukakan soalan untuk jawab mulut bagi sidang penggal pertama Parlimen yang bermula April 28 ini. MP pembangkan yang gagal itu dianggap sebagai telah mensia-siakan kepercayaan rakyat yang mengundi mereka dalam PRU Ke-12 baru-baru ini, telah bertindak "irresponsible" (tidak bertanggungjawab), dan "most slothful" (sangat malas) serta unreliable" (tidak boleh diharap). Jika betul laporan "The Star" ini, maka kegagalan 5 MP dari DAP dan 9 MP dari PKR dalam mengemukakan soalan2 itu amat dikesalkan. Ianya memberi gambaran buruk kepada rakyat terhadap pembangkang. Dalam keadaan di mana setiap salah langkah parti-parti pembangkang diperbesar-besar dan diputar-belitkan (seperti isu kebun babi) oleh media arus perdana, maka sepatutnya anggota-anggota Parlimen dan ADUN parti-parti DAP, PKR dan PAS lebih berhati-hati.
Bukannya susah untuk mengemukakan soalan-soalan untuk sessi pertanyaan jawab mulut di Parlimen kerana begitu banyak sekali isu-isu yang ada seperti isu kenaikkan harga minyak petrol, menangani kenaikkan harga barang-barang keperluan (walau pun ini suatu fenomina antarabangsa), isu mendesak diturunkan harga tol lebuhraya, isu menghapuskan projek-projek ekonomi yang berupa pembaziran yang sebenarnya bertujuan memperkayakan kroni-kroni kerajaan BN, soal pembasmian kemiskinan, isu pengajian yang tidak setimpal dengan kenaikkan kos sara hidup (rising cost of living), dsbnya.

Satu contoh soalan yang boleh diketarakan secara bertulis untuk jawab mulut dan amat ditunggu-tunggu oleh majoriti rakyat untuk ditanyakan oleh MP pembangkang adalah tentang kenaikkan harga minyak dan boleh ditanyakan seperti berikut::

“Minta YAB Perdana Menteri menyatakan berapakah keuntungan yang diperolehi oleh Malaysia sebagai negara pengeluar minyak dalam masa dua tahun kebelakangan ini ekoran dari kenaikkan harga minyak sedunia yang telah melambong naik dari lingkongan US $25.00 setong hingga ke US$100.00 setong. Jika negara kita sebagai pengeluar minyak tidak turut sama mendapat keuntungan yang berlipat ganda seperti negara-negara pengeluar minyak yang lain, maka YAB Perdana Menteri diminta menjelaskan apakah sebabnya? Dan jika negara kita sebagai negara pengeluar minyak telah sebenarnya turut meraih keuntungan yang berlipat ganda, maka YAB Perdana Menteri seterusnya diminta untuk menjelaskan kenapa kerajaan telah dan ingin terus membebankan kenaikkan harga minyak tersebut keatas bahu rakyat?
Kenapa kerajaan masih berdalih dan enggan meningkatkan subsidi atas alasan kononnya menaikkan subsidi yang akan menyekat kenaikkan harga petrol akan menguntungkan rakyat Thailand dan Singapura yang masuk ke negara kita untuk membeli minyak petrol. Oleh kerana alasan sedemikian sering digunakan oleh kerajaan, maka sudah tentu kerajaan mempunyai bukti statistik mengenai bilangan rakyat Singapura dan Thailand yang telah datang untuk membeli minyak petrol di kawasan-kawasan sempadan. Maka YAB Perdana Menteri juga diminta menyatakan berapakah jumlah rakyat Singapura dan Thailand yang telah datang untuk membeli minyak petrol di kawasan-kawasan sempadan? “Soalan diatas boleh dipecah-pecahkan dan ditanya oleh dua atau tiga MP pembangkan.

Di atas hanya soalan contoh sahaja. Bukan saya nak tunjuk pandai.
Saya dapati sekarang ini ada penyokong-penyokong parti pembangkang yang terlalu sensitive dan tidak mahu pemimpin-pemimpin pembangkang ditegur. Malah kelihatan seperti Anwar Ibrahim dan kepimpinan parti-parti pembangkang mahu didewa-dewakan.Ada di kalangan penyokong-penyokong pembangkang yang nampak seolah-olah sudah terkena penyakit UMNO-BN, iaitu penyakit mendewa-dewakan pemimpin-pemimpin dan menganggap pemimpin-pemimpin itu maksum dan tak boleh ditegur.
Kita telah lihat wujudnya dalam UMNO-BN budaya mendewa-dewakan pemimpin hinggakan takut menegur kepimpinan Budaya ini membuat membuat pemimpin-pemimpin UMNO-BN bertindak sesuka hati terutamanya dalam menghalalkan pecah amanah dan menghalalkan salahguna kuasa untuk memperkayakan diri masing-masing,Nah tengok apa padahnya kepada UMNO-BN di Pilihanraya Umum ke-12 pada 8 Mac lalu. UMNO-BN telah diterajang oleh rakyat di 6 negeri (termasuk WP KL) dan hampir hilang kuasa diperingkat federal. Antara sebab utama kekalahan UMNO-BN dalam PRU baru-baru ini adalah budaya membodek dan mendewa-dewakan pemimpin.
Bila sudah kalah di 6 negeri (termasuk WP KL) dan hilang majoriti 2/3 di Parlimen barulah ahli-ahli UMNO-BN berani mengkritik dan menegur pucuk pimpinan. Baru berani nak betulkan kepincangan pemimpin yang telah mengakibatkan rakyat menderita.Malangnya (sebenarnya eloknya) budaya mendewakan pemimpin ini sudah berakar umbi dengan kukuhnya dalam UMNO-BN. Lihat sahaja apa berlaku baru-baru ini di Johor. Majoriti Ketua-ketua Bahagian UMNO di Johor telah menyarankan Abdullah Badawi pergi bercuti dan serahkan buat sementara waktu teraju kepimpinan parti dan negara kepada Najib.
Malah ada yang membuat kenyataan bila Pak Lah kembali dari bercuti beliau hendaklah letak jawatan Presiden parti dan jawatan PM. Dua tiga hari selepas itu Pak Lah telah ke Johor, dan seperti yang dijangkakan kesemuanya Ketua-ketua Bahagian UMNO Johor telah ubah pendirian. Bila berdepan dengan Pak Lah semuanya telah berubah pendirian dan telah menyatakan sokongan padu mereka kepada kepimpinan Pak Lah.Pembangkang jangan ikut jejak UMNO-BN. Kita perlu memberi ruang kepada ahli serta penyokong kita untuk menegur pucuk pimpinan jika dilihat sudah terkeluar landasan terutamanya dalam membela nasib rakyat.

Saya harap penyokong-penyokong pembangkang yang marah dengan saya kerana ada saya menegur pemimpin-pemimpin pembangkang dalam artikel-artikel saya akan menerima baik teguran-teguran saya itu. Niat saya baik dan bersih. Saya inginkan rakyat menjadi bertambah percaya dan yakin terhadap kebolehan parti-parti pembangkang untuk memerintah negara ini. Kalau kita dapat membuktikan kita boleh "deliver the goods to the people" insyaAllah kita boleh memerintah negara ini tak lama lagi.Tapi kenalah beri ruang kepada ahli-ahli parti dan penhyokong-penyokong pembangkang untuk menyuarakan pendapat walau pun pendapat itu bertentangan. Perlu beri ruang untuk menegur pucuk pimpinan agar kita tidak mengikut jejak langkah UMNO-BN yang menyekat suara ahli dan memekakkan telinga terhadap suara keluhan sengsara rakyat..

Tolong jangan tuduh saya sebagai ‘spy’ UMNO-BN kerana saya menegur pemimpin-pemimpin pembangkang terutamanya pemimpin DAP dan PKR. Niat saya baik dan ikhlas.. Untuk makluman semua, saya adalah ahli PAS sejak di Universiti lagi iaitu sejak lebihkurang 40 tahun dahulu, sejak pada penghujung tahun 1960an. Saya generasi ‘Pop Yea Yea” yang berlainan haluan kerana menjadi ahli parti PAS walau pun banyak tawaran dari UMNO semasa di universiti dulu. Saya pernah diketawakan kerana menyokong parti PAS yang dianggap tidak akan dapat memerintah kecuali di Kelantan. Tapi kami orang-orang PAS yang memperjuangkan agama Islam dalam keadaan serba tertekan, adalah jenis yang lain dari yang lain. Kepada majoriti ahli PAS, samada PAS menang ke, PAS kalah ke kami tetap bersama PAS dalam memperjuangkan agama Islam.Sebagai pegawai kerajaan saya terpaksa merahsiakan ke-ahlian PAS saya, dan terpaksa memperbaharui keahlian saya pada pertengahan tahun 1990an, kerana nama saya dah hilang dari daftar ahli PAS – saya percaya dihilangkan untuk selamatkan saya dari diekori SB.

Sebagai pegawai kerajaan yang dianggap “anti-establishment” dan disebut-sebut sebagai “mungkin dia ni ahli PAS”, (dan telah pula mengadap Jawtankuasa Disiplin Kementerian kerana berdemo menegakkan keadilan untuk Anwar Ibrahim) maka kenaikkan pangkat saya sememangnya disekat dan sengaja dilengah-lengahkan. Tetapi saya tetap beristiqomah dan memberi khidmat yang beramanah, efficient dan penuh berdedikasi. Alhamdullilah. Allah SWT telah mewujudkan keadaan di mana Kementerian di mana saya berkhidmat akhirnya telah terpaksa menggunakan pengalaman, dedikasi dan kejujuran saya untuk mengetuai sesuatu yang amat penting kepada negara kita.
Untuk pendekkan cerita dari ditindas saya akhirnya dengan kuasa Allah SWT telah pencen beberapa tahun yang lepas setelah mencapai had umur 56 tahun dengan bergelaran “Dato’. Bukan nak riya dapat gelaran "Dato' tapi nak tunjuk contoh yang terang dan nyata bahawa Allah SWT yang menentukan segala-galanya.Maka kita yang sekarang ini masih ditakrifkan sebagai pihak pembangkang dalam politik tanah air perlulah bertindak dengan cara yang mendapat keredhaan Allah SWT serta beristiqomah. InsyaAllah akhirnya jika diperkenankan Allah SWT kita akan dapat memerintah negara ini. Bagi diri saya, seperti majoriti ahli-ahli PAS, saya yakin akan kemenangan Islam di seluruh dunia pada suatu hari nanti. Mungkin kemenangan Islam di seluruh dunia itu itu setelah saya tiada lagi di dunia ini, tetapi saya sedia berkorban sekarang ini untuk masa depan ummah. Saya yakin kalau Allah tetapkan esok Islam akan menang, maka Islam akan menang. Kun Fayakun.
Allahu Akbar !!! Allahu Akbar !!! Allahu Akbar !!!
Tarabulsi
20 April 2008"

Artikel Hari Ini
Antara PakLah, Ceupec & Akhbar Sapa yang Bohong
Ketuanan Melayu : Bagaimana ia terhakis ?
Jangan mendewa-dewakan Anwar Ibrahim dan kepimpinan pembangkang
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=9181
Wahabi Palsukan dan Ubah Kitab Tafsir Ulamak?
Taman Tamadun Islam: Apa khabarnya sekarang?
BPR sebagai badan bebas sepertimana ICAC
APAHAL UMNO NI?
Umur 60 - Antara kepentingan CEUPEC dan rakyat
Bagi honorarium RM2000 jika takpun RM500
[ Artikel seterusnya.. ]

Tiada ulasan:

kembali kepada tauhid

Madrasah Orientalis

GEOMAP

Tko.fm / tko.tv